Adakah rosak atau lupa?
Perkataan kerosakan kita fahami suatu penghalang kepada umat untuk mencapai matlamat. Jalannya sudah jelas dan caranya sudah tertulis tetapi kerosakan itu telah membantutkan perjalanan. Cuba renung satu kisah diamana seorang pelajar ingin merantau untuk melanjutkan pelajarannya. Dia telah mengetahui ilmu apa yang akan dipilihnya, negeri mana yang akan dituju dan jalan mana yang akan dilalui. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan kenderaan yang dinaikinya terhenti. Nah, sudah tentu terdapat kerosakan pada kenderaan yang dinaikinya. Oleh itu, dia berusaha membaiki keretanya dengan penuh cermat. Dia Berjaya membaiki keretanya kerana dia mempunyai kemahiran dan mengetahui apa yang rosak. Dia seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke dsetinasi yang dituju. Akirnya dia Berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Jika kita bandingkan cerita diatas dengan perjalanan umat Islam pada hari ini maka kita akan menemukan suatu masalah yang lebih dari sekadar “kerosakan” malah “lupa”. Iaitu mereka lupa matlamat asal, lupa diri, tersimpang dari sasaran asal dan tersesat jalan. Kalau betullah keadaannya bagaimnakah umat Islam dapat mencapai kejayaan?.
Umat Islam yang lupa diri.
Jika kita meneropong umat kita dengan menggunakan teropong Allah s.w.t yang terdapat dalam Al-Quran maka kita akan temui umat ini sebagai umat yang lain, bukan seperti umat yang dijelaskan dalam Al-Quran yang dilukiskan oleh Allah sebagai umat terbaik yang dijelaskan alasan terbaiknya kerana mereka menyeru kepada yang mkruf dan menegah kepada kemungkaran serta beriman kepada Allah.
FirmanNya: “kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia (supaya) kamu menyuruh berbuat makruf dan melarang dari kemungkaran serta beriman kepada Allah” (Ali-Imran: 10).
Umat kita pada hari ini kebanyakannya tidak menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran malah perasaan dan pertimbangan sudah tidak stabil lagi. Ia melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang mungkar sebagai sesuatu yang makruf. Ini ternyata ia bukan satu umat yang dinyatakan oleh Allah lagi malah menjadi berbagai ragam umat seiras seperti yang diinginkan oleh barat. Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka pada dirinya sendiri.
Maha besar Allah dengan firmanNya:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri”. (Al-Hasyr: 19).
Keberadaan umat ini sungguh tidak bererti tanpa Islam kerana kemenangan tidak akan dicapai tanpa Islam dan tidak akan diperolehi kemuliaan tanpa Islam. Sesungguhnya benar sekali kata-kata Amirul Mukminin Umar bin Al-khattab r.a
ucapannya:
“kita dahulu adalah kaum yang paling hina lalu Allah memuliakan kita denagn Islam dan bagaimanapun besar perjuangan dan pengorbanan kita tanpa Islam pasti Allah akan menghina kita!”.
Bersama-sama muhasabah dan fikirkan serta serapkan dalam kehidupan.Semoga mendapat manfaat bersama.Wallahhua’lam..
No comments:
Post a Comment