Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak



Bulan Ramadhan atau Ramadan Al-Mubarak adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.”(Al-Baqarah 185)
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Bulan Ramadhan juga yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini. Abu Hurairah meriwayatkan: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 


Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”.

Firman Allah S.W.T :

 “ Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malamkemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan . sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”. (Suratul qadr:1-5)
Ramadhan telah di bahagikan kepada 3 bahagian oleh Rasullullah S.A.W. iaitu yang di awalnya rahmat,di tengahnya keampunan dan di akhirnya terlepas dari api neraka.
Syariat berpuasa di bulan ramadhan.
Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
Puasa menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.Disertai niat ibadah kepada Allah.
Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri dan sebagainya.
Rasullah s.a.w.bersabda:
 
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor." (H.R.Ibnu Khuzaimah).

Selamat menjalani ibadah puasa..Wallahhua’lam.

No comments:

Post a Comment