Sunday, March 17, 2013

Alhamdulillah

Kita makhluk allah, satu nikmat yang paling tinggi kita dapat adalah anugerah Iman yang sempurna, ada  dalam diri kita Allah. Subhanallah.

Saturday, June 2, 2012

Aura Ustaz Azhar Idrus

Bagi generasi muda masa kini, menjadi pelik bagi mereka yang tidak mengenali seorang ustaz iaitu   Ustaz Azhar Idrus. Teringat sewaktu saya kecil-kecil dahulu, ramai daripada golongan muda ini hanya mengenali artis-artis drama, penyanyi dan sebaginya. Tetap berlainan pada masa kini, ramai sudah beralih kepada mendengar kulah-kuliah, dan peringatan. Jika dulu kuliah-kuliah agama hanya dapat ditonton dan didengari di televisyen dan radio-radio sahaja, tetapi kini telah berlaku transformasi dengan adanya media baru. Anak-anak muda terdedah dengan laman internet seperti Youtube, facebook dan sebagainya. Medium inilah yang menjadikan mereka mudah untuk mendapatkan rakaman-rakaman kuliah daripada ustaz-ustaz yang sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dan nasihat kepada mereka.
Saya sudah lama mengenali Ustaz Azhar Idrus ini, Pertamanya mendengar daripada rakaman CD kuliah yang dipinjam daripada kawan-kawan. Dan labih memudahkan lagi saya adalah salah seorang anak Terengganu yang berdekatan dengan Ustaz Azhar, jadi memudahkan saya untuk hadir ke kuliah-kuliah yang disampaikan beliau di surau-surau sekitar kampung.  Kerana pada masa dahulu,ustaz hanya berkuliah di surau-surau kecil, namun ia berubah dengan sokongan ramai peminat selepas kuliah ustaz dapat ditonton di Youtube. Golongan masyarakat yang tidak berpeluang hadir ke surau dapat menontonnya di internet. Dan selepas pada itu, minat itu datang dan memberi perangsang kepada mereka untuk melihat kulah ustaz secara ‘live’. Kuliah ustaz ini apabila didengari sesetengah orang, mereka menyatakan bahasa yang digunakan ustaz agak kasar, tetapi itulah Ustaz Azhar Idrus, menyatakan secara ‘direct’ apa yang betul dan apa yang salah dan ditambahkan lagi dengan kebiasaan bahasa Terengganu yang diketahui agak keras bunyinya. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di dalam dunia kuliah ini bagaikan memberi suntikan pembaharuan kepada golongan muda. Dengan gaya penyampaian Ustaz yang secara bersahaja dan mudah difahami ditambahkan lagi dengan lawak jenakanya dapat menarik minat golongan muda ini. Dan satu fenomena pada masa kini, dilihat ketika kuliah ustaz ialah golongan yang paling ramai hadir adalah golongan muda. Alhamdulillah, satu perubahan telah dilakukan oleh ustaz terhadap golongan muda ini.
Jika dahulu ustaz hanya berkuliah di surau-surau di sekitar Terengganu, tetapi kini dengan sokongan ramai, ustaz telah menjelajah ke seluruh Negara menyampaikan kuliah-kuliah, termasuk di university-universiti tempatan. Dan setiap kali jelajah kuliah ustaz diadakan, tidak kurang daripada 10k orang yang hadir. Alhamdulillah, semoga momentum ini berterusan dan akan lahir ramai lagi ustaz-ustaz yang dapat memberi ilmu dan peringatan agama kepada masyarakat. Terma kasih Ustaz kerana memberi nasihat dan berkongsi ilmu kepada kami. Jika ingin bercerita berkaitan Ustaz ini, memerlukan masa yang panjang, Insyaallah kita bercerita lagi pd masa akn datang. Dan di sini bagi warga JOHOR, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan ustaz sempena penjelajahan Ustaz ke Johor. Terutamaya bagi warga Batu Pahat dan Parit Raja, pada 9 Jun ini. Insyaallah. Assalamualaikum...

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha Malaysia vs Palestine

Assalamualaikum(w.b.t)..Salam Aidiladha dan salam kesyukuran kepada rakan-rakan dan sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat menyambut Perayaan Aidiladha dengan penuh harmoni. Dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita yang tidak terhitung nilainya. Tidak mampu kita balas sedikutpun nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita ini. Subhanallah (Maha suci Allah).


Insyaallah pada kesempatan ini saya meminta kebenaran untuk berkongsi sedikit pengetahuan atau kata-kata yang mampu dikongsikan. Seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w) "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR-Bukhori). Mari kita merenung sejenak begitu banyak nikmat dunia yang Allah berikan kepada kita seperti apa yang kita dapat pada hari ini. kita dapat hidup dengan harmoni di bumi Malaysia tanpa berlaku peperangan atau krisis makanan. Apakah sebenarnya dengan nikmat ini Allah memberikan kepada kita hanya dengan bersahaja atau ia satu ujian kepada kita? Apakah ia untuk menguji kita sama ada kita bersyukur ataupun sebaliknya. Dikatakan hidup ini adalah ujian untuk mengetahui manakah hambaNya yang benar-benar beriman. Hari ini cuaca begitu baik dan dapatlah kita menyambut Aidiladha dengan sempurna namun adakah kita merasakan ianya adalah nikmat daripada Allah untuk meraikan kita? Bagi sesiapa ada terlintas di hatinya bahawa ianya adalah nikmat daripada Allah, Alhamdulillah, ia menunjukkan bahawa hubungannya dengan Allah masih erat. kalau kita melihat masyarakat pada hari ini dengan nikmat dunia yang Allah berikan kepada mereka menyebabkan mereka semakin lupa kepada Allah. Subhanallah, Semoga kita tidak tergolong di kalangan mereka. Jika seorang Isteri atau orang yang kita sayangi disihir dan menyebabkan kita terpisah dengannya, ia sangat merunsingkan kita. Namun apa yang kita tida sedar ialah sihir yang paling besar yang berlaku di kalangan kita iaitu sihir yang menyebabkan kita terpisah hubungan dengan Allah. Ia disebabkan kita leka dengan kehidupan dunia sehingga mulupakan Allah.
Di hari yang mulia ini mari kita melihat sejenak saudara kita di Palestin. Apakah mereka dapat menikmati perayaan Aidiladha seperti kita? Jawapannya sudah pasti tidak. Pelbagai sekatan dikenakan oleh Rejim Israil kepada mereka dengan serangan bom dan sebaginya. Bagi mendapatkan haiwan untuk dikorbankan mereka perlu membawanya melalui terowong bawah tanah. Begitu sukar kehidupan mereka namun apa yang membezakan kita dengan mereka ialah nikmat dunianya digantikan dengan nikmat akhirat. Mereka mempunyai iman dan keyakinan yang kukuh kepada Allah dengan terus berjuang mempertahankan Iman dan Islam. Namun kita terus lalai dan leka dengan buaian dunia sehingga melupakan akhirat. kita semakin tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah. Buktinya telah banyak dapat kita lihat dimana  masyarakat kita sudah berani menafikan firman dan hukum Allah dengan pelbagai alasan. Subhanallah. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada kita dan memelihara kita dalam ujian kehidupan dunia ini. Akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dalam penyampaian saya ini dan memohon perlindungan daripada Allah daripada tidak melakukan apa yang dikatakan. Hanya dari Allah kekuatan dan hidayah.Salam Aidiladha kepada semua...

Saturday, August 13, 2011

Muhasabah diri..

Adakah rosak atau lupa?
Perkataan kerosakan kita fahami suatu penghalang kepada umat untuk mencapai matlamat. Jalannya sudah jelas dan caranya sudah tertulis tetapi kerosakan itu telah membantutkan perjalanan. Cuba renung satu kisah diamana seorang pelajar ingin merantau untuk melanjutkan pelajarannya. Dia telah mengetahui ilmu apa yang akan dipilihnya, negeri mana yang akan dituju dan jalan mana yang akan dilalui. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan kenderaan yang dinaikinya terhenti. Nah, sudah tentu terdapat kerosakan pada kenderaan yang dinaikinya. Oleh itu, dia berusaha membaiki keretanya dengan penuh cermat. Dia Berjaya membaiki keretanya kerana dia mempunyai kemahiran dan mengetahui apa yang rosak. Dia seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke dsetinasi yang dituju. Akirnya dia Berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Jika kita bandingkan cerita diatas dengan perjalanan umat Islam pada hari ini maka kita akan menemukan suatu masalah yang lebih dari sekadar “kerosakan” malah “lupa”. Iaitu mereka lupa matlamat asal, lupa diri, tersimpang dari sasaran asal dan tersesat jalan. Kalau betullah keadaannya bagaimnakah umat Islam dapat mencapai kejayaan?.
Umat Islam yang lupa diri.
Jika kita meneropong umat kita dengan menggunakan teropong Allah s.w.t yang terdapat dalam Al-Quran maka kita akan temui umat ini sebagai umat yang lain, bukan seperti umat yang dijelaskan dalam Al-Quran yang dilukiskan oleh Allah sebagai umat terbaik yang dijelaskan alasan terbaiknya kerana mereka menyeru kepada yang mkruf dan menegah kepada kemungkaran serta beriman kepada Allah.
FirmanNya: kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia (supaya) kamu menyuruh berbuat makruf dan melarang dari kemungkaran serta beriman kepada Allah” (Ali-Imran: 10).
Umat kita pada hari ini kebanyakannya tidak menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran malah perasaan dan pertimbangan sudah tidak stabil lagi. Ia melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang mungkar sebagai sesuatu yang makruf. Ini ternyata ia bukan satu umat yang dinyatakan oleh Allah lagi malah menjadi berbagai ragam umat seiras seperti yang diinginkan oleh barat. Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka pada dirinya sendiri.
Maha besar Allah dengan firmanNya:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri”. (Al-Hasyr: 19).
Keberadaan umat ini sungguh tidak bererti tanpa Islam kerana kemenangan tidak akan dicapai tanpa Islam dan tidak akan diperolehi kemuliaan tanpa Islam. Sesungguhnya benar sekali kata-kata Amirul Mukminin Umar bin Al-khattab r.a
ucapannya:
kita dahulu adalah kaum yang paling hina lalu Allah memuliakan kita denagn Islam dan bagaimanapun besar perjuangan dan pengorbanan kita tanpa Islam pasti Allah akan menghina kita!”.
Bersama-sama muhasabah dan fikirkan serta serapkan dalam kehidupan.Semoga mendapat manfaat bersama.Wallahhua’lam..

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak



Bulan Ramadhan atau Ramadan Al-Mubarak adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.”(Al-Baqarah 185)
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Bulan Ramadhan juga yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini. Abu Hurairah meriwayatkan: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 


Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”.

Firman Allah S.W.T :

 “ Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malamkemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan . Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan . sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”. (Suratul qadr:1-5)
Ramadhan telah di bahagikan kepada 3 bahagian oleh Rasullullah S.A.W. iaitu yang di awalnya rahmat,di tengahnya keampunan dan di akhirnya terlepas dari api neraka.
Syariat berpuasa di bulan ramadhan.
Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang-orang yang beriman Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
Puasa menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.Disertai niat ibadah kepada Allah.
Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri dan sebagainya.
Rasullah s.a.w.bersabda:
 
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor." (H.R.Ibnu Khuzaimah).

Selamat menjalani ibadah puasa..Wallahhua’lam.

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH! satu tuntutan

“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya “
QS Al A’la ayat : 14
Dalam Islam, kebersihan adalah bersifat global atau luas. Ertinya kebersihan itu meliputi semua aspek dalam Islam. Barangsiapa benar-benar dapat mengamalkan kebersihan yang global secara Islam ini maka oleh Allah mereka dijanjikan kemenangan baik di dunia terlebih lagi di akhirat.
Kebersihan menurut Islam yaitu :
 

1.Kebersihan I’tiqad atau Akidah.
Kebersihan dalam aspek ini adalah yang paling utama, yaitu kebersihan aqidah dari syirik atau kekufuran. Jangan sampai aqidah kita tidak bersih, baik kepada Zat Allah, Sifat Allah, maupun perbuatan-Nya. Seringkali kita terjebak secara tidak sadar dalam hal-hal kecil, dimana jika tidak kita pahami secara i’tiqad maka hal-hal kecil itu dapat menjerumuskan kita kepada syirik khafi ( halus ). Atau kita sering bimbang dengan rezeki kita, padahal selama kita masih hidup Allah telah menjamin rezeki kita. Atau kita tidak yakin dengan ketentuan Allah, kita tidak redha dengan apa yang Allah telah tentukan kepada kita.

2.Bersih dari sifat Mazmumah
Mazmumah ada 2 jenis yaitu mazmumah atau sifat tercela terhadap Allah dan mazmumah terhadap sesama manusia, yaitu
Antara penyakit hati (mazmumah ) terhadap Allah adalah :
Tidak khusyuk beribadah, Lalai dari mengingat Allah,Tidak yakin dengan Allah,Tidak ikhlas dengan Allah,Tidak takut pada ancaman Allah,Tidak harap pada rahmat Allah,Tidak redha akan takdir Allah,Tidak puas dengan pemberian Allah,Tidak sabar atas ujian Allah, Tidak bersyukur atas nikmat Allah,Tidak terasa diawasi Allah,Tidak terasa kehebatan Allah,Tidak rindu dan cinta dengan Allah,Tidak tawakal pada Allah,Tidak rindu pada syurga dan tidak takut neraka,Gila dunia, membuang waktu dengan sia-sia,Penakut (takut pada selain Allah),Ujub,Riya’,Gila pujian dan kemasyhuran.

Manakala mazmumah terhadap sesama manusia diantaranya, adalah :
Benci membenci,Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan rasa sedih kalau dia berhasil, Medoakan kejatuhannya,Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya,Hasad dengki,Dendam,Bakhil,Buruk sangka,Tidak berlapang dada,Tiada ketenangan diri,Tidak tolong-menolong,Tamak,Degil dan keras hati,Mementingkan diri sendiri,Sombong,Tidak sabar dengan manusia.

3.Bersih dari hawa Nafsu yang jahat.  Kita mesti bersih dari nafsu yang jahat, sebab nafsu itu kalau kita ikuti, maka Allah akan menganggap kita bertuhankan nafsu. Tuhan berfirman, “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan?.” di firman yang lain Allah menyebutkan “ sejahat-jahat manusia adalah yang menuruti kehendak hawa nafsunya” .Nafsu adalah kehendak dalam diri manusia yang Allah ciptakan berupa fitrah, baik itu kehendak yang sesuai dengan syariat atau yang bertentangan dengan syariat. Kewajiban kita adalah membersihkan dan mendidik nafsu dari hal-hal yang melanggar syariat dengan cara melawan nafsu ( mujahadatun nafsi ) yang jahat diiringi dengan menyuburkan kehendak-kehendak yang sesuai dengan kehendak yang Allah redhai

4. Perkara yang lahiriah juga mesti terbebas atau bersih dari hal-hal yang makruh terlebih lagi yang haram.Iaitu kebersihan makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, rumah, tempat mandi dan sebagainya.

5. Kebersihan pergaulan dari terlibat pergaulan yang makruh atapun haram, bergaul bebas tanpa ada batasan syariat dan sebagainya.

6. Bersih di sudut ibadah,
misalnya bersih dari 3 jenis najis,bersih dari najis aini dan najis hukmi. Wajib bersih juga dari hadas besar dan hadas kecil, dari hal-hal yang menjijikan seperti kotoran hidung, kotoran mata, kotoran telinga. Hidarkan solat dengan pakaian yang tidak kemas dan rapi atau pakaian yang ala kadarnya, walaupun tidak najis tapi kita depan Tuhan. Bila mahu bertemu raja saja, kita bersih, wangi, pakai make up sedangkan dengan Allah kita ala kadar sahaja. Secara tidak sedar kita sudah mengecilkan Tuhan atau tidak beradab dengan Tuhan.

7. Kebersihan akal dari ideologi
Zaman solafussoleh dahulu umat Islam tidak ada ideologi-ideologi seperti masa ini. Ideologi adalah cara atau sistem hidup yang direka oleh manusia yang tidak ada kaitannya dengan wahyu. Bersih dari Ideologi ertinya jangan kita jadikan ideologi sebagai pegangan, sebagai agama,sebagai cara hidup.Tanpa terkecuali, seperti komunis, nasionalis, kapitalis, sosialis, demokrasi dsb. Sebagai ilmu tidak mengapa belajar ideologi, tapi jangan kita jadikan sebagai pegangan hidup. Karena hanya Islam saja merupakan sistem hidup yang diredhai Allah. Begitu juga ekonomi kita, pendidikan kita, hendaklah bersih dari sekulerisme, dari riba, penindasan, terutama pendidikan mesti bersih sebab pendidikan sangat mencorak jiwa peribadi dan pendirian kita. Jangan sampai pendidikan kita bercorak sekular.

Diantara yang berbahaya dalam pendidikan sekular yaitu mengesampingkan Tuhan, Allah tidak dimasukkan dalam setiap program pendidikan atau pendidikan tidak dikaitkan dengan Yang Maha Pencipta. Walaupun yang dipelajari perkara yang halal, akan tetapi akan jadi hasilnya menjadi haram bila Allah ditinggalkan atau dikesampingkan. Kita mungkin bertanya, “apa salahnya saya belajar matematik, sastera, sejarah,ekonomi,sains?” Jawabannya, Tidak salah. Jadi salahnya dimana? Salahnya iaitu jika itu semua tidak dikaitkan dengan Allah atau mengesampingkan Allah. Jadi dikarenakan tidak dikaitkan dengan Allah, ilmu-ilmu yang tidak salah tadi menjadi salah.Kenapa? Sebab jika mengesampingkan Allah maka sains jadi Tuhan, matematik jadi Tuhan, walaupun tidak menyebut itu Tuhan. kesannya ialah semakin maju peradaban, semakin canggih teknologi, semakin gagah pembangunan material maka semakin rosak akhlak dan moral manusia, semakin banyak terjadi kejahatan dan peperangan.

Jadi kebersihan menurut Islam, menurut kehendak Allah itu bersifat global. Marilah kita mengukur diri kita. Mungkin kita sudah menjaga kebersihan akidah dan ibadah, tapi pendidikan, ekonomi, akal dan pergaulan belum bersih. Atau misalnya walaupun tidak ikut ideologi, tapi kalau kita membesarkan dan memuja akal, pergaulan kita masih bebas, ekonomi masih terlibat riba dan kapitalis artinya kita belum bersih juga.

Agama Islam hendaklah bersih dalam semua aspek. Kita dapat melihat diri kita hanya bersih dalam beberapa aspek saja. Yang lain belum tentu. Itupun misalnya di sudut ibadah, setelah diperiksa rumah-rumah kita, belum bersih. Tempat Solatnya, bilik mandinya, tandasnya, bilik tidurnya dan sebagainya.

Sebenarnya begitu suruhan Allah tentang kebersihan ini. Tentang kebersihan ini pun kita masih gagal, sedangkan dalam ajaran Islam kebersihan sangat penting. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh menjaga kebersihan dalam semua aspek untuk mendapat kemenangan di dunia dan Akhirat. Semoga Allah menilai usaha kita nanti.Amin..

Friday, June 10, 2011

jiwa yang celaru

Sering berbangkit polemik atau perbincangan tentang apakah maksud Islam yang sebenar. Para remaja kadang-kadang menjadi keliru dan celaru untuk cuba memahaminya. Ada orang berpendapat Islam harus mengikut zaman, bukan zaman mengikuti Islam. Yang lain berpendapat bahawa ajaran Islam harus berubah supaya ia selari dengan perubahan terkini.

Sesetengah menyatakan bahawa kita harus bersifat liberal. Sebahagian lain pula berpendapat bahawa kemajuan diukur kepada perkembangan semasa. Yang lalu itu sudah ketinggalan zaman. Malah setengahnya pula berpendapat terlalu Islam boleh menyekat kemajuan dan perubahan.

Islam adalah agama yang hidup.

Yang menjadikan umat Islam mempunyai tanggapan yang berbeza ialah jenis ilmu yang dipelajari, skop ilmu yang diketahui dan orientasi keilmuan yang dijalani.

Sesetengah orang Islam memahami Islam sebagai agama warisan dan keturunan. Yang lain menghubungkan Islam sebagai agama ibadah khusus dan tidak ada kena mengena dengan pembangunan sistem. Lalu agama itu ialah sembahyang, doa, zikir, zakat dan sedakah semata-mata. Sedangkan roh solat dan doa, zikir dan zakat sepatutnya memberi kesan penghayatan menerusi amal dan ibadah yang menyangkut tentang ilmu, teknologi dan juga sistem.

Integratif

Tidak berbangkit Islam menyebabkan kemunduran. Kemunduran berpunca kelemahan dan kealpaan kita melihat agama ini sebagai sumber tamadun suatu ketika dulu. Dalam masa yang sama kita tidak bersifat reflektif terhadap faktor-faktor yang membangunkan tamadun silam.

Sumber kekuatan Islam terletak pada kehebatan ajarannya dan ketangkasan pemeluknya. Sejak zaman Nabi, para sahabat, tabie-tabiin dan salaf al soleh, umat Islam berada di barisan depan dalam mengembangkan ajaran dan memperkasa pemeluknya.

Antara sumber kekuatan Islam ialah ilmu yang berkembang amat integratif. Ilmuwan seperti Ibn Nafis, Ibn Sina, al Khawarizmi, al Batani, al Khawarizmi dan ramai lagi membangunkan ilmu tidak saja membangunkan faktor naqliahnya atau wahyu dalam peribadi dan diri tetapi membangunkan secara aqliah dalam sistem.

Mereka memiliki keupayaan berfikir yang tinggi, melakukan ijtihad, terbuka untuk mempelajari sumber kekuatan orang lain dan mempunyai upaya menyaring yang tinggi yang menyebabkan kreativiti dan inovasi berlaku.

Islam yang sebenar ialah Islam yang menjadikan al-Quran dan al-sunah sebagai sumber ilmu dan pedoman hukum, sumber sains dan juga pemikiran, sumber prinsip dan juga petunjuk, sumber kisah dan juga ibrah, sumber khabar gembira dan juga peringatan.

Ia dipelajari dan dihayati sehingga melahirkan peribadi teladan yang tidak menolak keperluan dan kepentingan syarak dipertahankan. Dalam masa yang sama, memberi ruang kepada fuqaha atau ahli fikah menghubungkan kaedah syarak dalam memahami faktor zaman dan cabaran lingkungan dan memberikan jawapan terhadap isu dan persoalan semasa yang berbangkit.

Dinamika Islam menjadikan ilmu yang integratif sebagai sumber utama, ilmu-ilmu yang bermanfaat dari sumber lain sebagai faktor berbanding dan menghasilkan alternatif yang terkini bagi menghadapi situasi yang ada. Dukungan faktor-faktor ini menyebabkan lahirnya institusi dan organisasi yang sifatnya semasa tetapi mengguna pakai kaedah syarak yang terdapat dalam Islam.

Yang menjadi masalah bagi umat Islam kini ialah ilmu tidak dibangunkan secara integratif. Keupayaan berfikir tidak berkembang. Kehebatan melakukan tadabbur atau kaji selidik tidak berlaku. Metodologi baru dalam dakwah, pengajaran dan pembelajaran tidak dijadikan fokus.

Penghasilan karya-karya dan tulisan-tulisan yang menangani isu besar tidak banyak. Akhirnya meletakkan umat Islam bergantung kepada kekuatan Barat untuk memajukan dirinya.

Umat Islam tidak boleh mengambil semuanya dari Barat tanpa ada saringan. Orientasi Barat dalam proses pengilmuan dan pendidikan tidak semuanya mendukung kepentingan nilai dan mengembalikan manusia kepada kedekatannya dengan Pencipta.

Agama dilihat sebagai sesuatu yang dogmatik. Agama bukanlah sesuatu yang rasional dan saintifik. Akhirnya faham sekular berkembang.

Remaja Islam harus memiliki rujukan sumber dalam memahami perubahan zaman dan juga cabaran lingkungan. Atas nama Islam, al-Quran dan al-sunah adalah sumber utama dalam proses pengilmuan dan kemajuan.

Tradisi tafasir yang ada, kaedah fikah yang terdapat, proses ijtihad dan ijmak yang pernah ada, keupayaan berfikir yang tidak bercanggah adalah antara asas-asas yang boleh membimbing remaja ke arah memahami Islam yang sebenar.

Interaksi

Remaja Islam harus terlebih dahulu mempelajari agamanya. Sebabnya asas agama dalam dimensi akidah yang luas, pemahaman ibadah yang komprehensif, pengertian syariah yang membimbing kebijaksanaan dan keunggulan akhlak yang mecerminkan teladan dan sumber ikutan adalah asas-asas yang boleh mendukung dan memajukan Islam sebenar. Tidak timbul isu moden dan liberal dalam memahami proses kemajuan tamadun.

Keterbukaan generasi muda mempelajari perkara baru mestilah dalam semangat ia tidak bercanggah dengan faktor syarak. Darinya akan lahir olahan bijaksana bagaimana prinsip dalam al-Quran dan al-sunah mendepani faktor zaman yang sifatnya dinamik. Lalu tradisi Islam yang mengungkap kecemerlangan mampu menjadi penyumbang ke arah kemajuan dan perubahan yang lebih bermakna.

Model-model Islam perlu melakukan interaksi dengan budaya semasa. Islam juga harus memberi pedoman tentang jalan komunikasi dan telekomunikasi yang senafas dengan syarak.

Oleh itu, generasi muda harus bersedia belajar melakukan sinergi atau gabungan antara faktor-faktor tradisi dengan faktor terkini. Darinya bakal lahir sesuatu yang lebih bermakna dan mampu memberi jawapan terhadap keperluan semasa.

Islam yang sebenar ialah agama yang tidak menjadikan dirinya sebagai celupan orang lain. Faham liberal dan sekular yang menjadi tunjang perubahan dan kemajuan di Barat tidak semestinya menjadi rujukan mutlak.

Oleh itu, dengan perkembangan sains dan teknologi terkini, proses perubahan dan kemajuan terkini tidak seharusnya menjadikan remaja gamam atau terpukau sehingga lupa terhadap tradisi dan kekuatan agamanya.

Model Rasulullah s.a.w di Madinah berkembang dan menghasilkan Baitul Hikmah yang amat dikagumi, Andalusia yang menjadi rujukan Barat dan Timur dan melayakkan umat Islam sebagai penyumbang terhadap kemajuan yang sebenar terhadap Barat dan Timur.

Selepas 700 tahun umat Islam terjajah sudah tentu banyak kesan negatif yang berlaku khususnya di kalangan generasi muda yang menjadi sasaran globalisasi budaya yang sedang berlaku.

Sekiranya para remaja menginsafi bahawa Islam memiliki tamadun kukuh untuk dilakukan upaya reflektif yang tinggi, umat Islam akan berada di landasan yang benar. 


PROF. DR. SIDEK BABA