Saturday, June 2, 2012

Aura Ustaz Azhar Idrus

Bagi generasi muda masa kini, menjadi pelik bagi mereka yang tidak mengenali seorang ustaz iaitu   Ustaz Azhar Idrus. Teringat sewaktu saya kecil-kecil dahulu, ramai daripada golongan muda ini hanya mengenali artis-artis drama, penyanyi dan sebaginya. Tetap berlainan pada masa kini, ramai sudah beralih kepada mendengar kulah-kuliah, dan peringatan. Jika dulu kuliah-kuliah agama hanya dapat ditonton dan didengari di televisyen dan radio-radio sahaja, tetapi kini telah berlaku transformasi dengan adanya media baru. Anak-anak muda terdedah dengan laman internet seperti Youtube, facebook dan sebagainya. Medium inilah yang menjadikan mereka mudah untuk mendapatkan rakaman-rakaman kuliah daripada ustaz-ustaz yang sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dan nasihat kepada mereka.
Saya sudah lama mengenali Ustaz Azhar Idrus ini, Pertamanya mendengar daripada rakaman CD kuliah yang dipinjam daripada kawan-kawan. Dan labih memudahkan lagi saya adalah salah seorang anak Terengganu yang berdekatan dengan Ustaz Azhar, jadi memudahkan saya untuk hadir ke kuliah-kuliah yang disampaikan beliau di surau-surau sekitar kampung.  Kerana pada masa dahulu,ustaz hanya berkuliah di surau-surau kecil, namun ia berubah dengan sokongan ramai peminat selepas kuliah ustaz dapat ditonton di Youtube. Golongan masyarakat yang tidak berpeluang hadir ke surau dapat menontonnya di internet. Dan selepas pada itu, minat itu datang dan memberi perangsang kepada mereka untuk melihat kulah ustaz secara ‘live’. Kuliah ustaz ini apabila didengari sesetengah orang, mereka menyatakan bahasa yang digunakan ustaz agak kasar, tetapi itulah Ustaz Azhar Idrus, menyatakan secara ‘direct’ apa yang betul dan apa yang salah dan ditambahkan lagi dengan kebiasaan bahasa Terengganu yang diketahui agak keras bunyinya. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di dalam dunia kuliah ini bagaikan memberi suntikan pembaharuan kepada golongan muda. Dengan gaya penyampaian Ustaz yang secara bersahaja dan mudah difahami ditambahkan lagi dengan lawak jenakanya dapat menarik minat golongan muda ini. Dan satu fenomena pada masa kini, dilihat ketika kuliah ustaz ialah golongan yang paling ramai hadir adalah golongan muda. Alhamdulillah, satu perubahan telah dilakukan oleh ustaz terhadap golongan muda ini.
Jika dahulu ustaz hanya berkuliah di surau-surau di sekitar Terengganu, tetapi kini dengan sokongan ramai, ustaz telah menjelajah ke seluruh Negara menyampaikan kuliah-kuliah, termasuk di university-universiti tempatan. Dan setiap kali jelajah kuliah ustaz diadakan, tidak kurang daripada 10k orang yang hadir. Alhamdulillah, semoga momentum ini berterusan dan akan lahir ramai lagi ustaz-ustaz yang dapat memberi ilmu dan peringatan agama kepada masyarakat. Terma kasih Ustaz kerana memberi nasihat dan berkongsi ilmu kepada kami. Jika ingin bercerita berkaitan Ustaz ini, memerlukan masa yang panjang, Insyaallah kita bercerita lagi pd masa akn datang. Dan di sini bagi warga JOHOR, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan ustaz sempena penjelajahan Ustaz ke Johor. Terutamaya bagi warga Batu Pahat dan Parit Raja, pada 9 Jun ini. Insyaallah. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment