Sunday, November 6, 2011

Aidiladha Malaysia vs Palestine

Assalamualaikum(w.b.t)..Salam Aidiladha dan salam kesyukuran kepada rakan-rakan dan sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat menyambut Perayaan Aidiladha dengan penuh harmoni. Dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita yang tidak terhitung nilainya. Tidak mampu kita balas sedikutpun nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita ini. Subhanallah (Maha suci Allah).


Insyaallah pada kesempatan ini saya meminta kebenaran untuk berkongsi sedikit pengetahuan atau kata-kata yang mampu dikongsikan. Seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah (s.a.w) "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR-Bukhori). Mari kita merenung sejenak begitu banyak nikmat dunia yang Allah berikan kepada kita seperti apa yang kita dapat pada hari ini. kita dapat hidup dengan harmoni di bumi Malaysia tanpa berlaku peperangan atau krisis makanan. Apakah sebenarnya dengan nikmat ini Allah memberikan kepada kita hanya dengan bersahaja atau ia satu ujian kepada kita? Apakah ia untuk menguji kita sama ada kita bersyukur ataupun sebaliknya. Dikatakan hidup ini adalah ujian untuk mengetahui manakah hambaNya yang benar-benar beriman. Hari ini cuaca begitu baik dan dapatlah kita menyambut Aidiladha dengan sempurna namun adakah kita merasakan ianya adalah nikmat daripada Allah untuk meraikan kita? Bagi sesiapa ada terlintas di hatinya bahawa ianya adalah nikmat daripada Allah, Alhamdulillah, ia menunjukkan bahawa hubungannya dengan Allah masih erat. kalau kita melihat masyarakat pada hari ini dengan nikmat dunia yang Allah berikan kepada mereka menyebabkan mereka semakin lupa kepada Allah. Subhanallah, Semoga kita tidak tergolong di kalangan mereka. Jika seorang Isteri atau orang yang kita sayangi disihir dan menyebabkan kita terpisah dengannya, ia sangat merunsingkan kita. Namun apa yang kita tida sedar ialah sihir yang paling besar yang berlaku di kalangan kita iaitu sihir yang menyebabkan kita terpisah hubungan dengan Allah. Ia disebabkan kita leka dengan kehidupan dunia sehingga mulupakan Allah.
Di hari yang mulia ini mari kita melihat sejenak saudara kita di Palestin. Apakah mereka dapat menikmati perayaan Aidiladha seperti kita? Jawapannya sudah pasti tidak. Pelbagai sekatan dikenakan oleh Rejim Israil kepada mereka dengan serangan bom dan sebaginya. Bagi mendapatkan haiwan untuk dikorbankan mereka perlu membawanya melalui terowong bawah tanah. Begitu sukar kehidupan mereka namun apa yang membezakan kita dengan mereka ialah nikmat dunianya digantikan dengan nikmat akhirat. Mereka mempunyai iman dan keyakinan yang kukuh kepada Allah dengan terus berjuang mempertahankan Iman dan Islam. Namun kita terus lalai dan leka dengan buaian dunia sehingga melupakan akhirat. kita semakin tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah. Buktinya telah banyak dapat kita lihat dimana  masyarakat kita sudah berani menafikan firman dan hukum Allah dengan pelbagai alasan. Subhanallah. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada kita dan memelihara kita dalam ujian kehidupan dunia ini. Akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dalam penyampaian saya ini dan memohon perlindungan daripada Allah daripada tidak melakukan apa yang dikatakan. Hanya dari Allah kekuatan dan hidayah.Salam Aidiladha kepada semua...