Saturday, April 9, 2011

Nilai Sebuah Persahabatan

“Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan Dia Yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi 
Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)”

“Sesungguhnya Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan berkata nanti pada hari kiamat: ‘Dimanakah orang-orang yang menjalin persaudaraan karena-Ku, maka pada hari ini Aku akan menaunginya pada hari dimana tidak ada sebuah naungan kecuali hanya naungan-Ku’.” (HR. Muslim)
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”[Al-Hujurat:1-10]
Ukhuwwah atas dasar akidah yang satu takkan dapat dileraikan sehingga ke syurga Allah swt. Sebagai seorang Islam kita yakin dengan ini. Betapa cantiknya Allah mengatur perasaan manusia. Perasaan kasih, sayang dan rindu kepada sahabat-sahabat dihargai dengan kemungkinan untuk bersama di syurga Allah swt. Tidak kira bagaimana sekalipun latar belakang masing-masing.
Hak dalam berUkhuwwah
Seorang mukmin yang memahami hak-hak sahabatnya akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk menjadikan sahabat mereka sebagai asbab(penyebab) untuk mereka masuk ke dalam syurga Allah swt. Antara hak seorang mukmin ke atas sahabat seakidahnya yang lain adalah:
1. Hendaklah ia mencintai saudaranya semata-mata karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan karena tujuan-tujuan duniawi.
“…Dan yang ia mencintai saudaranya, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala…” (Muttafaqun ‘alaihi)
2. Lebih mendahulukan untuk membantu saudaranya dengan apa yang mampu dari jiwa dan harta daripada dirinya sendiri.
Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan.” (Al-Hasyr: 9)
3. Menjaga kehormatan dan harga diri saudaranya.
“Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian serta kehormatan-kehormatan kalian haram atas kalian….” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
“Hati-hatilah kalian dari prasangka, karena prasangka itu adalah sedusta-dusta ucapan.” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
5. Menjauhi perdebatan dengan saudaranya.
“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di surga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pada pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah surga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, danIbnu Majah)
6. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik kepada saudaranya.
7. Memaafkan atas kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh saudaranya.
Setiap orang pasti memiliki kesalahan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam :
“Setiap keturunan Adam (manusia) pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah no. 4251)
8. Merasa gembira dengan kenikmatan yang Allah Subhanallahu wa Ta’ala berikan kepada saudaranya.
9. Saling membantu dengan saudaranya dalam perkara-perkara kebaikan.
Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
10. Bermusyawarah dan bersikap lemah lembut terhadap saudaranya.
“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Asy-Syuura: 38)
Iman dan Ukhuwwah
Hakikatnya Iman dan Ukhuwwah takkan mungkin dapat dipisahkan. Hanya mereka yang benar-benar berIman dengan Allah dan RasulNya yang mampu untuk merealisasikan definisi sebenar dalam berukhuwwah itu. Iman yang tinggi menjadikan kita mampu untuk bersikap dengan nilaian tertinggi dalam ukhuwwah iaitu Ithar(melebihkan yang lain dari diri sendiri). Contoh terbesar adalah dalam peperangan Yarmouk bilamana ada 3 orang sahabat Nabi saw yang cedera parah dan nyawa-nyawa ikan sanggup untuk mendahulukan sahabat yang yang juga parah dan nyawa-nyawa ikan untuk minum air. Akhirnya ketiga-tiga mereka syahid kerana tidak sempat untuk meneguk seteguk air. Alangkah hebatnya mereka dalam melaksanakan ukhuwwah sesama mukmin itu. Bagaimana dengan kita?
Selemah-lemah Iman menyebabkan kita mampu melampirkan selemah-lemah nilaian tingkatan dalam ukhuwwah iaitu berlapang dada. Andai sesama sahabat pun tidak mampu berlapang dada, dimanakan kedudukan Iman kita sebenarnya? Tepuk dada tanya Iman masing-masing.
Marilah kita sama-sama menjaga ukhuwwah sesama sendiri supaya saling dapat bertemu di dalam syurga Allah swt kelak.
Bertemu berpisah kerana Allah swt.


Monday, April 4, 2011

kisah arnab dan kura-kura

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.
“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”
“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama  aku sampailah.” Jawab kura-kura.
“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”
“Jangan engkau hina aku arnab.”
“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.
“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.
“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”
“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.
Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur. Namun babgi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan.  Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah  menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.
Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada   cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya  ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti  ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.
Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia   gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkinlebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab  tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.


Kedua, sikap kura-kura yang positif ialah konsisten ataupun istiqomah. Ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun terjadinya. Misalnya, walau ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. Inilah sikap istiqomah. Seterusnya, sikap kura-kura ialah sabar. Kura-kura mempunyai kesabaran tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalanan itu terlalu jauh bagi ia sebab memang jauh. Jika dekat, masakan arnab boleh tertidur di tengah jalan. Walaupun begitu, kura-kura mecuba juga. Kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan. Inilah sikap sabar.Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab. Ia tidak mahu dihina. Semua sikap-sikap ini memberi kredit atau kelebihan kepada kura-kura. Dari segi   fizikalnya arnab lebih tangkas. Tetapi dari segi fizikal, mental, jiwa dan emosinya, kura-kura lebih stabil.
Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Pertama, ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab  tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupunIQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak committed dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.
Kedua, menerusi cerita ini kita tahu Allah swt tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang  lebih hina daripada orang yang dihina itu. Seseorang telah menjatuhkan dirinya terlebih dahulu kalau dia menghina orang yang ingin dijatuhkannya dengan penghinaan itu. Sekiranya kita lihat seseorang itu miskin, ada kelemahan atau  kekurangan, maka Allah melarang kita menghina mereka. Sedangkan seseorang yang terang-terangan membuat kejahatan atau  penganiayaan, pun masih tidak boleh dipandang hina (mungkin disebabkan kejahilannya). Apa yang hina ialah perbuatannya sahaja bukan orangnya.
Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu. Dalam Islam, kalau orang menghina kita, janganlah kita balas dengan melawannya. Sebaliknya, bangunkanlah sikap ingin memajukan diri. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya balik, tetapi kura-kura berusaha untuk  membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Ia buktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekuatan dalaman.
Apa yang boleh kita belajar dalam kehidupan manusia ini ialah apabila seseorang itu mulai ego, dia telah memusnahkan dirinya sendiri. Oleh sebab itu apabila kita lihat sepanjang sejarah, misalnya dalam Al-Quran. Kisah Namrud, Firaun dan semua orang yang ego akan hancur akhirnya. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego. Apakah yang dikatakan ego? Antara sifat ego ialah merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Apabila merasakan diri baik, dari sudut perkembangan diri, tidak akan muncul lagi usaha hendak meningkatkan diri. Tidak timbul lagi dorongan untuk berjaya. Bagi kura-kura tadi, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.
Sekiranya kita padankan dengan permasalahan umat Islam kini, umat Islam dikatakan jauh ketinggalan dari kaca mata Barat. Simboliknya Barat adalah arnab dan umat Islam adalah kura-kura. Barat menghina kita kononnya Islam ini militan, mundur, dan sebagainya. Ini kerana Barat merasakan mereka hebat pada  teknologinya. Pendapatan per kapital dan hasil eksportnya tinggi. Oleh sebab itu, Amerika memandang hina kepada negara-negara Islam dan negara dunia ketiga. Peristiwa 11 September telah menghilangkan keegoan Barat yang mempunyai peralatan yang sophisticated, perisikan yang begitu canggih dan berkaedah saintifik tinggi, al hasil mereka masih tidak dapat mengesan atau menjangka apa yang akan berlaku serangan ke atas Pusat Dagangan New York dan Pentagon.  Sekelip mata ia hancur apabila kapalterbangnya dalam negara sendiri merempuhnya. Ini menunjukkan Amerika yang sombong tadi dihina oleh Allah disebabkan memandang rendah orang lain. Ia jadi arnab yang ‘dikalahkan’ oleh kura-kura.
Soalnya sekarang ialah apakah umat Islam boleh mencontohi sifat kura-kura yang istiqomah itu? Memang kita telah ketinggalan dari segi kebendaan dan pensenjataan, namun kita masih punya harga diri, apakah mereka boleh bangun balik dalam bidang ekonomi, politik, sains, hatta dalam bidang ketenteraan sekalipun. Apakah umat Islam bergerak seperti kura-kura, walaupun ketinggalan tetapi masih merangkak dan terus meluru  untuk mencapai kemenangan. Ini kerana race atau perlumbaan kita ini masih belum habis. Kini boleh di katakan, mungkin ini baru separuh atau pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak boleh cepat mengalah dengan men yangka mereka tidak akan boleh menandingi Barat sebab perlumbaan masih lagi berlansung. Tambahan pula, kita masih tidak tahu lagi hujungnya di mana?
Kisah arnab dan kura ini mempunyai pengajaran yang amat besar. Ertinya umat Islam mesti mempunyai satu sikap yang betul. Di sinilah cabarannya. Unsur yang utama dalam membentuk sikap seseorang ialah keyakinan atau iman seseorang. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kitapun mantap. Kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran kita. Ini dorongan yang kuat untuk kita sebab manusia ini akan terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat itu rasa baik dan menguntung, dia akan perbuat. Tetapi jika dia rasa itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Dan yang hendak menentukan baik atau buruk ialah sistem nilai yang ada pada diri ialah keyakinannya. Oleh itu, jika kita boleh iman kita ubah dari goyah kepada mantap, keyakinan diri kita akan mantap, dan ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat. Apabila sistem nilai kuat, dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah tinggi dan dorongan meninggalkan sesuatu yang buruk juga tinggi. Daripada inilah kita akan membentuk sikap yang betul. Maka gabungan  keyakinan, nilai, dorongan dan kelakuan (sikap) inilah yang akan membina kekuatan umat Islam semula. Inilah iktibar besar yang boleh kita ambil dari kisah kecil… ceita arnab dan kura-kura!  (petikan:Pahrol Mohamad Juoi)..