Assalamualaikum...
Bersyukur kita kepada Allah, selawat dan salam sejahtera keatas penghulu kita nabi Muhammad (s.a.w),keluarga,para sahabat, serta para pengikut baginda.
InsyaAllah,sedikit perkongsian tentang Akhlak Islam.
Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya " "Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)
Apakah yang dimaksudkan akhlak?
Akhlak ialah Sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan.
1) Akhlak merupakan satu ukuran kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi) dan Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.”
2) Tatkala Rasulullah s.a.w menasihati sahabatnya, baginda menggandingkan antara nasihat supaya bertakwa dengan berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadits dari abi dzar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi).
3) Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi).
4) Daripada hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa betapa pentingnya seseorang mukmin berakhlak dengan akhlak islam.Seseorang yang beragama islam sepatutnya tidak lagi dipersoalkan tentang akhlaknya kerana apabila disebutkan Islam, maka telah lengkap di dalamnya akhlak yang mulia.
5) Orang yang berilmu dan berimejkan Islam tetapi tidak mempunyai akhlak yang baik akan membawa fitnah kepada agama.Oleh itu,kita sebagai orang Islam mestilah memandang berat tentang akhlak dan menunjukkan akhlak yang mulia.
6) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak dengan mengasuh anak-anak mereka sejak dari kecil. Tidak semestinya mengajar secara tiori tetapi ajaran yang lebih berkesan adalah menunjukkan contoh teladan kepada mereka. Semoga dapat membentuk generasi yang berakhlak mulia.
Wallahu Ta’ala a’lam..